Thursday, April 16, 2009

NILAI SEBUAH KENANGAN



Sebuah rumah yang tinggal sepi tiada penghuni. Demikianlah citra kehidupan. Di sini dulu aku dibesarkan bersama kakak, abang dan adik-adik. Selepas pemergian emak dan dan abah akhirnya rumah ini tinggal sendiri. Sesekali kembali kesini, terimbau kenangan lalu seperti bait-bait lagu Kumpulan Wheels Dalam Kenangan.....

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

Wednesday, March 25, 2009

KEMBALI MENULIS

Salam, dah lama tak menulis. Walaupun banyak yang nak ditulis tapi terlalu berat rasanya nak kembali. Sekarang musim tak menentu kadang-kadang hujan dan panas yang menyengat. Di kg pokok buah dah berbunga. Sayangnya sekarang masa seolah-olah semakin terhad. Bayak sangat aktiviti yang menghalang balik ke kg. Bila rumah ditinggal terlalu lama, banyak makhluk lain yang nak menumpang. Dah hampir 3 minggu tak menjenguk, agaknya rumput dah kembali panjang dan anai-anai semakin besar busutnya. Rumah kg yang banyak kenangan tak mungkin dilupakan selagi ada hayat. Kepada yang ada kesempatan pulanglah melihat dan menjenguk sejarah dan akar kita.

Friday, October 17, 2008

Selamat Kembali

Assalamualaikum, blog ini akan diaktifkan kembali dengan posting tentang aktiviti keluargaku yang telah bersetuju untuk turut meyumbang bahan. Semoga ianya akan menjadi dkumen sejarah keluarga yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk semua pengunjung. Sekian buat kali ini. Wassalam

Wednesday, October 8, 2008

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung blog, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua Saudaraku yang dikasihi Allah, Apabila hamba minta maaf kerana takut neraka,maka mohonkanlah kepada Allah agar mengampuni hamba yang belum ikhlas ini. Apabila hamba minta maaf kerana mengharap syurga,maka mohonkanlah kepada Allah agar mengampuni hamba yang belum tulus ini. Apabila hamba minta maaf kerana sekadar mengikut tradisi, maka mohonkanlah kepada Allah agar menggerakkan hamba untuk lebih banyak bertanya lagi kepada hati nurani TAPI apabila hamba minta maaf kerana masih belum mampu mengajak diri sendiri dan dirimu, wahai Saudaraku, untuk lebih kuat menjaga mata, menjaga lisan, menjaga pendengaran, menjaga tangan, menjaga kaki, menjaga tubuh, menjaga jiwa, menjaga hati, maka Wahai Saudaraku: Maafkanlah Saudaramu ini... SALAM AIDIL FIRI MINAL AIDIN WAL FAIZIN

Monday, July 21, 2008

BERTEMU SEMULA

Assalamualaikum,

Kali ini memang lama aku tak memblog, nak kata terlalu sibuk tidak juga, tapi mood menulis memang tak ada langsung. Sekarang dah kembali ke JPNS, walaupun rasanya sangat selesa dan seronok jadi PRO di PPD, namun kerana kepentingan perkhidmatan terpaksa balik ke Jabatan semula. Kerana peningkatan Gred jawatan PRO di PPD, ke S44 terpaksa aku tinggalkan tempat yang begitu serasi dengan jiwaku. Kembali ke Jabatan juga kembali ke post lama sebagai Penolong Pengarah cawangan Khidmat Pengurusan Dan Kewangan, yang sebenarnya paling tidak sesuai dengan jiwaku. Mood dan rindu kepada tanah Suci masih menebal, terasa macam nak pergi lagi kesana, InsyaAllah kalau ada rezeki cadangannya nak menunaikan fardu haji bersama isteri pada tahun 2009nanti.

Dah lama tak balik kampung, terbaru pada 05 Julai lalu, sempat ziarah kubur abah dan emak, sedih juga tengok rumah yang dah terbiar semak samun dan dimakan anai-anai. Hasil dusun pun tak dapat dituai kerana semuanya dikerjakan oleh binatang liar. Dulu rumah kampung jadi tempat pertemuan semua keluarga, tapi semua itu tinggal kenangan saja. Pada 26 Julai kami sekeluarga akan bertemu di PD, buat Family day, inilah saja cara nak berjumpa dengan keluarga. Terima kasih banyak kepada isteri tersayang kerana beri hadiah hari lahir sebuah handset baru. Namapaknya cukuplah kali ini, kalau rajin nanti cuba memblog hari-hari...

Sunday, January 13, 2008

ROMPIN DULU DAN SEKARANG.........





Selepas lebih daripada 30 tahun, pembangunan telah mula menyapa....

Tuesday, December 18, 2007

PENGENALAN

Assalamualaikum,

Semoga anda semua berada di dalam peliharaan Allah SWT dan sejahtera hendaknya. Blog alRompini sudah adak lama diwujudkan, namun penulis belum berkesempatan untuk menulis secara serius bagi mengisi blog ini. Ideanya ialah untuk menulis catatan peribadi bermula daripada pengenalan tempat penulis dilahirkan iaitu di Rompin, Negeri Sembilan. Penulis percaya, sebahagian besar pengunjung di Malaysia yang tidak begitu pasti dimanakah lokasi Pekan Rompin, Negeri Sembilan. Mungkin ramai yang terkeliru dengan Rompin, Pahang Darul Makmur. Malah terdapat juga warga Negeri Sembilan sendiri yang tidak menyedari wujudnya Pekan Rompin di Negeri Sembilan.

Bagi post pengenalan ini penulis akan membuat sedikit catatan tentang maklumat Pekan Rompin untuk pengetahuan bersama.Inilah wajah Rompin yang terbaru. Dikenali dengan jolokan Pekan Koboi mungkin kerana kedudukannya yang terpencil dan ceruk. Pekan Rompin terletak dalam Daerah Jempol yang merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan. Daerah yang terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau.Pekan Rompin terletak 16 km ke tenggara Bahau mengikut arah Gemas. Untuk lebih jelas di bawah ini ialah peta lokasi Rompin.






Inilah panorama Pekan Rompin pada masa ini. Sekian untuk kali ini, InsyaAllah penulis akan menambah maklumat lain dalam post yang akan datang